REHAL: Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL beribupejabat di Kota Damansara dan mempunyai cawangan di Saujana Utama, Selangor. REHAL menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran REHAL adalah menggabungkan  cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas). REHAL dipengerusikan oleh Ust. Surur Shahbudin An-Nadwi, seorang penulis,  pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di masjid-masjid, universiti-universiti, radio dan televisyen (Klasik fm/Tv9/al-Hijrah) sejak 1999 hingga sekarang.

Ramadan yang penuh berkat - klik utk promosi Ramadan

  KURSUS ASAS AL-QURAN Bersama Penulis BUKU TALAQQI: Dr. Surul Shahbudin
 

8:00 - 10:00MALAM (SETIAP ISNIN MALAM)

TEMPOH KURSUS : 12 minggu (24 jam pengajian)
Bertempat di REHAL, Kota Damansara
Yuran: RM300 termasuk buku & sijil tamat pengajian

Info lengkap Layari: http://www.rehal.org/kursus/

 

PENDAFTARAN - DIBUKA

KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN - DEWASA & KANAK-KANAK

REHAL KOTA DAMANSARA / SAUJANA UTAMA

KELAS TAFA : (Tahfiz, Al-Quran, Fardhu ‘Ain, Bahasa Arab) Sesi Sebelum & Selepas Persekolahan, untuk umur 7 hingga 12 tahun, diadakan 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat) sesi pagi 8:30-11.00pg dan sesi petang pula 2.30 - 5.30ptg. Yuran: RM150 sebulan bagi 11 bulan dan Pendaftaran RM300 tahunan dan bayaran pakaian seragam dan buku dibeli berasingan.

KELAS AWAM : ASQU (Asas Al-Quran ) atau TAJQU (Al-Quran Bertajwid) untuk dewasa / kanak-kanak: Pakej 3 hari seminggu: pilih untuk hadir 3 kali seminggu sahaja semasa waktu kami beroperasi: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dari 8:30pg hingga 1:00tghri dan 2:00ptg hingga 9:30malam. Bagi hari Jumaat dari 8:30pg hingga 12:30tghri dan 2:30ptg hingga 7:00ptg. Yuran: RM120.00 sebulan dan Pendaftaran: RM80.00 dan buku adalah dibeli berasingan.

KELAS AWAM : AQFA (Al-Quran dan Fardhu  ‘ Ain)  untuk dewasa / kanak-kanak:  pilih untuk hadir 4 kali seminggu (2 + 2 atau 3 + 1) sahaja semasa waktu kami beroperasi: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dari 8:30pg hingga 1:00tghri dan 2:00ptg hingga 9:30malam. Bagi hari Jumaat dari 9:00pg hingga 12:30tghri dan 2:30ptg hingga 7:00ptg. Yuran: RM150.00 sebulan dan Pendaftaran: RM80.00 dan buku adalah dibeli berasingan.


 

 Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan dan Bayaran yuran penuh mesti dibuat sebelum memulakan pengajian.

Klik utk daftar dan info lanjut Kelas Awam & Tafa : rehal.edu.my

REHAL KOTA DAMANSARA

4A & B JALAN CAMAR 4/3

SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA, SELANGOR

TEL/FAX: 03 6157 5234

PELAN LOKASI (GOOGLE) PELAN LOKASI (PDF)

REHAL SAUJANA UTAMA

70 & 70-1 JALAN BIDARA 6/3

SAUJANA UTAMA 3,

47000 SUNGAI BULUH, SELANGOR

TEL/FAX: 03 6038 8698

PELAN LOKASI (GOOGLE)

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ):

 

Q: BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MENDAFTAR?
A: Pendaftaran boleh dibuat dengan datang sendiri ke salah satu cawangan kami di Kota Damansara & Saujana Utama atau secara online di www.rehal.edu.my .

 

Q: BERAPAKAH UMUR YANG SESUAI UNTUK BELAJAR DI REHAL?
A: Kami menerima peserta kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan ke atas dan peserta DEWASA tidak mengira peringkat umur bahkan ada yang berumur 60 ke 70 tahun. Kami juga menerima murid yang berumur 4, 5 atau 6 tahun dengan syarat murid tersebut mestilah mampu menguruskan diri sendiri seperti tahu ke tandas bila terasa nak buang air dan tahu berpakaian tanpa dibantu.

 

Q: APAKAH PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH REHAL & ADAKAH BERKELAS ATAU INDIVIDU?
A: Program pengajian yang ditawarkan ialah seperti berikut:
1. ASQU (Asas Al-Quran ) diadakan secara individu 5 hari seminggu seperti yang telah tertulis di atas.
2. AQFA (Al-Quran dan Fardhu ‘ Ain) diadakan secara individu 3 + 2 hari seminggu seperti yang telah tertulis di atas.
3. TAFA (Tahfiz, Al-Quran, Fardhu ‘Ain, Bahasa Arab) secara berkelas untuk umur 7 hingga 12 tahun, diadakan 5 hari seminggu seperti yang telah tertulis di atas.

 

Q: APAKAH PROGRAM YANG DIADAKAN PADA WAKTU MALAM?
A: Program yang diadakan pada waktu malam (8pm-9:30pm setiap Isnin-Khamis) ialah
ASQU (Asas Al Quran) untuk dewasa dan kanak-kanak.
AQFA (Asas Al Quran dan Fardhu Ain) untuk dewasa dan kanak-kanak.
JATI (Jangka Panjang Tahfiz Individu) untuk dewasa dan kanak-kanak

 

Q: APAKAH MAKSUD KELAS PENGAJIAN SECARA INDIVIDU?
A: Kelas individu menawarkan masa flexi kpd peserta dimana peserta boleh memilih utk dtg belajar pd waktu pilihan mereka sendiri sepanjang waktu Rehal dibuka. Oleh itu peserta akan diajar secara seorang seorang mengikut giliran (first come first serve), setiap peserta dibenarkan dtg sekali setiap hari dari 8:30am - 9:30pm (kecuali waktu rehat, sabtu, ahad & cuti umum). Kadar waktu pengajian adalah 1 ke 2 mukasurat mengikut kelancaran peserta. Guru akan mencatatkan tempat berhenti peserta (lulus atau ulang) utk disambung pd hari berikutnya pula. Sila berjumpa dgn pegawai kami di Kota Dmsra atau Saujana Utama utk maklumat lanjut.

 

Q: BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENGAJIAN KELAS ASQU DAN AQFA?
A: Bergantung kepada kelancaran bacaan peserta tersebut. Namun sepanjang pangalaman kami Insyaallah ianya dapat ditamatkan dalam tempoh 2 tahun.

 

Q: ADAKAH REHAL MENAWARKAN KURSUS BAHASA ARAB?
A: Ya ada, kami ada menyediakan perkhidmatan penghantaran pelajar untuk mempelajari bahasa Arab selama 6 bulan di Jordan. Maklumat lanjut boleh dilayari di: http://rehalresources.com/arabic-jordan/ 

 

Q: ADAKAH REHAL MENGADAKAN KURSUS TAJWID?
A: Ya ada, kursus tajwid dijalankan secara berkala tetapi berterusan. Sila rujuk maklumat terkini di http://www.rehal.org/kursus .

 

Q: BAGAIMANAKAH CARA MENYERTAI KELAS TALAQQI BERSANAD?
A: Kemasukan ke kelas Talaqqi bersanad adalah dengan syarat peserta sekurang-kurangnya telah mengikuti Kursus Sehari Asas Talaqqi al Quran yang diadakan dari masa ke semasa. Kursus ini wajib diikuti walaupun seseorang itu telah belajar tajwid, hafaz al Quran dan lain-lain. Syarat ini dibuat bagi memudahkan peserta memahami kehendak bacaan secara bertalaqqi itu. Kelas Talaqqi bersanad dijalankan setiap Rabu malam, Isnin malam dan Sabtu malam, walau bagaimana pun penyertaan ke mana-mana kelas Talaqqi mestilah mendapat persetujuan dari guru talaqqi itu sendiri. Sila ikuti link ini: http://www.rehalresources/talaqqi .

 

Q: ADAKAH USTAZ ATAU USTAZAH YANG AKAN MENGAJAR PENGAJIAN SECARA INDIVIDU?
A: Peserta boleh memilih untuk belajar dengan ustaz atau ustazah kerana pengajian dijalankan secara individu.

 

Q: ADAKAH REHAL MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGAJIAN DI RUMAH?
A: Tidak, kami hanya menganjurkan pengajian di dua cawangan kami sahaja. Oleh itu peserta perlu datang mengikuti pengajian yang mereka sertai..

 

Q: BERAPAKAH KADAR YURAN PENGAJIAN DI REHAL?
A: Kadar yuran berbeza mengikut pakej.
ASQU (Asas Al Quran): RM 120.00 sebulan
AQFA (Asas Al Quran dan Fardhu Ain): RM 120.00 sebulan
TAFA (Tahfiz, Al Quran, Fardhu Ain, Arab): RM 1950.00 setahun
Yuran Pendaftaran Rm80 dikenakan dan Buku pengajian juga dibeli sendiri oleh peserta.

 

Q: ADAKAH YURAN AKAN DIKEMBALIKAN JIKA SAYA BELAJAR TIDAK CUKUP SEBULAN?
A: Tidak, semua bayaran yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan. Oleh itu peserta perlu membuat keputusan sewajarnya sebelum setuju membuat apa-apa pembayaran.

 

Q: BAGAIMANA BAYARAN YURAN JIKA PENDAFTARAN DITERIMA DI PERTENGAHAN BULAN?
A: Yuran yang dibayar adalah untuk tempoh 30 hari dari tempoh bayaran diterima. Jika seorang itu mendaftar pada 20hb maka bayaran seterusnya adalah pada 20hb bagi bulan berikutnya dan begitulah bagi haribulan yang lain.

 

Q: ADAKAH REHAL BEROPERASI PADA HARI SABTU atau AHAD?
A: Hari sabtu dibuka untuk khidmat pelanggan dan Kursus-kursus berkala yang dianjurkan REHAL. Kami tidak beroperasi pada hari Ahad dan cuti-cuti umum negeri Selangor.

 

Q: PENGETAHUAN SAYA TENTANG AGAMA SANGAT CETEK KERANA SUDAH TERPESONG JAUH DAN INGIN KEMBALI KEPADA KEBENARAN; APAKAH PAKEJ PENGAJIAN YANG BOLEH SAYA IKUTI DI REHAL
A: Insya Allah kami sedia membantu dan itu adalah antara matlamat Pusat Pengajian kami, Pakej Pengajian yang sesuai ialah: AQFA (Asas Al Quran dan Fardhu Ain)

 

Q: ADA TAK KURSUS UNTUK YG MASIH BUKAN ISLAM TETAPI INGIN MENJADI SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM
A: Kami bukanlah Pusat yang ditubuhkan untuk tujuan ini tetapi Alhamdulillah di pusat REHAL kami ini mualaf ada datang belajar, pernah ada yg belum Islam pun datang belajar dan pernah ada yang masuk Islam di REHAL kami ini, sila datang ke REHAL dan berbincang dengan pegawai-pegawai kami di sini. atau boleh terus merujuk ke: http://hidayahcentre.wordpress.com/


Talaqqi Bersanad bersama  USTAZ SURUR (Pengerusi REHAL)
   

Copyright © 2014 KELAS BIMBINGAN REHAL

WAKTU OPERASI

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis:

08:30am - 01:00pm ,

02:00pm - 07:00pm ,

08:00pm - 09:30pm.

Jumaat:

08:30am - 12:30pm ,

02:30pm - 07:00pm.
Waktu Rehat : 
1:00pm-2:00pm & 7:00pm-8:00pm

Sabtu: 09:00am - 01:00pm (dibuka utk khidmat pelangan shj)

Ditutup hari Ahad dan cuti-cuti umum negeri Selangor

GALERI REHAL

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Lawatan Sheikh Salman

BORANG-BORANG

JAWATAN KOSONG

MAJLIS SIJIL 2009

PROFIL REHAL  

DOWNLOADS


OBJEKTIF REHAL: -
*
Memberi peluang untuk belajar membaca al–Quran dari zero.

*
Menjadi pusat pengajian Al-Quran yang berprestige. 
*
Mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman hidup. 
*
Memberikan kefahaman agama dan sempurna Ibadahnya. 
*
Menjadi pusat komuniti yang menjadi rujukan umat Islam setempat.

 

KEISTEMEWAAN REHAL:

*Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-kanak).

*Dibimbing secara individu (seorang demi seorang)

*Tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman

*Yuran pengajian yang berpatutan.

*Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa.

*Sebuah kelas pengajian yang berdaftar.

*Sijil tamat pengajian disediakan.

 

 free web counter 

Last Updated: 15 MAC 2014

 Facebook Pengerusi REHAL

 Surur Shahbudin

PENGERUSI REHAL di
"
TANYALAH USTAZ" TV9

2 Nov 2012

   

PENGERUSI REHAL di
"ASSALAMUALAIKUM"

TV AL-HIJRAH 119

1 RAMADAN 1433H

   

Sebarang pertanyaan sila email atau telefon/sms kami seperti No. yang diberikan di atas